Thursday, October 21, 2010

Tanda-tanda Gangguan Jin , Saka

Petanda-petanda orang yang terkena rasukan terbahagi kepada dua bahagian iaitu tanda-tanda ketika tidur dan tanda-tanda ketika jaga.

>>Di antara tanda-tanda ketika tidur:

1) Sukar untuk tidur, melainkan setelah puas mencuba
2) Selalu terjaga daripada tidur dalam keadaan terkejut
3) Rasa dihempap / ditindih semasa tidur (sukar bergerak atau bernafas)
4) Selalu mimpi yang ngeri
5) Mimpi bertemu binatang seperti kucing, anjing, ular
6) Mengertap gigi ketika tidur
7) Bercakap, ketawa, menangis, mengerang atau berjalan ketika tidur
8 ) Mimpi jatuh dari tempat tinggi
9) Mimpi berada di perkuburan atau tempat yang kotor seperti tempat pembuangan sampah atau tandas yang kotor
10) Mimpi melihat lembaga atau makhluk yang pelik
11) Mimpi sesuatu perkara, dan perkara itu akan terjadi dalam masa terdekat
12) Mimpi berjumpa kanak-kanak, mengandung atau menyusukan bayi


>>Di antara tanda-tanda ketika jaga:

1) Selalu pening atau sakit kepala yang bukan disebabkan oleh masalah mata, telinga, hidung, gigi, pangkal tengkuk atau perut. Biasanya sakit ini tidak hilang selepas mengambil ubat medikal
2) Berat untuk beribadah seperti solat atau berzikir
3) Selalu stress
4) Badan lemah dan tidak bermaya terutama ketika hendak bekerja (bagi yang bekerja) atau ketika hendak belajar (bagi yang masih belajar)
5) Sakit pada anggota badan seperti pinggang dan belakang, dan doktor medikal tidak dapat mengesan puncanya
6) Sakit pada sendi-sendi badan seperti lutut
7) Selalu merasa was-was ketika solat terutamanya tentang bilangan rakaat yang telah dibuat
8 ) Terasa seperti ada sesuatu bergerak di bawah kulit, terutama ketika membaca Al-Quran atau berzikir
9) Cepat marah atau baran walaupun dek kerana perkara yang remeh
10) Mulut “masin” – apa yang dikatakan boleh terjadi betul-betul
11) Boleh menjangka perkara yang bakal terjadi atau seolah-olah pernah pernah melihat perkara itu terjadi
12) Kitaran haid yang bermasalah
13) Sukar mendapat zuriat
14) Sukar untuk berkahwin atau selalu terhalang seperti putus tunang atau hilang minat terhadap pasangan tanpa sebab
15) Pasangan suami isteri bermasalah seperti selalu bergaduh perkara yang remeh, kadang2 sayang kadang2 benci, melihat wajah pasangan menjadi buruk
16) Orang yang baik kepada anda tiba-tiba membenci anda


>>CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki
lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia
dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis
udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari
api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata:
Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah
merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke
otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang
dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan
membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki
gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam
otaknya.


>>CARA MENGESAN

Terdapat banyak cara yang digunakan oleh perawat-perawat rawatan Islam untuk mengesan gangguan pada pesakit.

1) lakukan solat hajat dengan niat memohon kepada Allah berikan petunjuk jika ada gangguan jin dalam badan
2) baca surah Al-Fatihah dan ulang Ayat 6 sebanyak 7 kali
3) baca ayat Kursi
4) baca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas
5) dalam keadaan masih berwuduk dan berada di atas sejadah / tempat solat, bacalah ayat 70 daripada surah Al-Isra’ sebanyak 100 kali secara terus menerus. Proses ini boleh mengambil masa dalam 30 minit. Jika terdapat gangguan, anda akan rasa perubahan/kelainan pada badan @ mengantuk @ terbatuk @ sesak nafas @ sakit kepala @ sakit belakang. Biasanya orang yang ada gangguan teruk, tidak mampu menghabiskan 100 kali.

Dengan izin Allah….


>>DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :

1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan
kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air
panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa
sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak
akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat
marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang
tinggi.


>>PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN JIN


1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan
istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat
dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika
o Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
o Terjumpa sesuatu di atas tanah.
o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu
pagi, petang ataupun pada waktu makan.
4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon
kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang
syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat
merangsang nafsu seseorang.
6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan
dangan wanita yang bukan muhrimnya.
7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di
kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan
solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu
adalah senjata ampuh bagi syaitan.

WALLAHUALAM...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home