Tuesday, October 12, 2010

Tutorial #1: How to make a Simple Football using 3Ds max

Salam 1Malaysia

Hye kawan-kawan  tutorial pada minggu ini anda akan belajar bagaimana untuk mewujudkan satu bentuk bola sepak dengan cepat dan mudah dalam bentuk  imej-imej 3D seperti gambar di bawah.


Bola 3D



 #1 : Mulakan dengan objek sederhana, cipta Hendra dalam senarai objek  Extended Primitive. Gunakan hendra sebagai badan bola sepak.



#2 : Aktifkan paparan Edged Faces dalam  Perspective viewport dengan right click pada tetikus atau  hanya tekan F4.

#3 : Langkah seterusnya klik  Modify yang terdapat pada Command Panel, aktifkan Dodec/Icos dalam Parameters seterusnya ubah nilai-nilai imej dalam Family Parameters > P(0.38) > Q(0.0), kemudian pada Radius(30.0)

#4 : Sekarang, menukar Hendra ke dalam Editable Poly ( right click dalam Perspective viewport pada objek dan pilih Convert to>Convert to Editable Poly )

#5 : Seterusnya pilih Edge pada Selection tapi sebelum itu pilih semua objek ( ctrl+a ) kemudian klik kotak pada Extrude untuk ubah nilai pada Extrude Edges>Extrusion Height(-1.0) > Extrusion Base Width(0.3) dalam Insert Edges 

#6 : Seterusnya pilih Polygon pada Selection ,kemudian pilih Edit Geometry dan klik kotak pada Tessellate untuk memastikan bentuk bola seperti yang diinginkan (jangan ubah nilai-nilai pada Tessellate Selection)

#7 : Masih pada Modify panel klik Editable Poly dan pilih Spherify ,kemudian ubah nilai Percent pada Parameters kepada 85.0 dan seterusnya nyahaktifkan Edged Faces(Perspective viewport dengan right click pada tetikus atau  hanya tekan F4 )

#8 : Untuk menjadikan bentuk bola dalam keadaan yang diinginkan pilih MeshSmooth kemudian ubah nilai Iterations kepada 2 dalam Subdivision Amount .Maka siap sudah bola sepak dalam bentuk imej 3D.


#9 : Untuk mengubah warna bola anda ,klik kotak warna dalam Name and Color dan pilihla warna apa sahaja anda suka seperti warna biru .











#10 :  Sekarang lihat hasilnya.Selamat mencuba.







0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home