Undian bagi Liga Malaysia musim 2012 telah pun berlangsung hari ini di wisma FAM. Undian adalah melibatkan saingan Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA. Sepak mula Liga Super akan bermula pada 10 Januari 2012.
Piala Sumbangsih akan dilangsungkan pada 7 Januari 2012 melibatkan pertemuan Juara Liga Super Kelantan vs Negeri Sembilan yang merupakan Juara Piala Malaysia 2011. FAM hari ini telah bersetuju bahawa tiada mata untuk liga bagi perlawanan sumbangsih kali ini. Perlawanan ini akan dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bahru.
Bagi saingan Piala FA 2012, Juara Bertahan Terengganu dilihat meniti laluan yang sedikit sukar untuk sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir apabila berkemungkinan akan berdepan Perak atau UiTM di pusingan kedua dan besar kemungkinan Lions XII di suku akhir dan Selangor di separuh akhir. Namun segalanya bergantung kepada prestasi semasa pemain.
Pusingan pertama akan berlangsung pada 18 Februari 2012. Sila rujuk tarikh perlawanan seperti dibawah.
Berikut adalah Keputusan Undian Piala FA 2012 :


Pusingan pertama:
Terengganu vs PDRM
Perak vs ATM
UiTM vs Lions XII
Betaria FC vs Melaka
Pos Msia vs USM
Sime Darby vs Sabah
NS vs Johor FC
Shahzan Muda vs Selangor
Kelantan vs Sarawak
KL vs MP Muar
Harimau Muda B vs P.Pinang
SPA vs MBJB
Kedah vs PKNS
Perlis vs PPSD
Johor vs T-Team
Felda United vs Pahang


Jadual Piala FA 2012 – Road To The Final
Tarikh perlawanan Piala FA 2012 ;

PUSINGAN 1 (18 FEB 2012)

PUSINGAN 2 (10 MAC 2012)


SUKU AKHIR PERTAMA (24 MAC 2012)

SUKU AKHIR KEDUA (27 MAC 2012)

SEPARUH AKHIR PERTAMA (21 APRIL 2012)

SEPARUH AKHIR KEDUA (1 MEI 2012)

FINAL  PIALA FA 2012 (19 MEI 2012)