Saturday, October 23, 2010

Bagaimana Manusia Bertindak balas Pada Kegagalan

Aku pernah baca buku motivasi "Master Your Mind Design Your Destiny". Bagus buku tu, So aku nak kongsi sikit apa yang aku dapat dalam buku ni berkenaan:

3 Kaedah/Cara Manusia Bertindak Balas Pada Kegagalan

1. Pola Pertama: Memberikan Alasan Dan Berputus Asa

Apabila mereka gagal mereka akan memberi alasan dan menyalahkan orang lain serta menyalahkan keadaan. Mereka akan mengeluarkan kata-kata "Ini tidak adil","saya memang tidak pandai","saya memang tidak bertuah" dan sebagainya. Mereka inilah orang-orang yang selalu berkata, "Saya sudah mencubanya, tetapi tidak berjaya!" 

2. Pola Kedua: Cuba Melakukan Perkara Yang Sama Berkali-Kali

Kelompok ini adalah lebih gigih daripada yang pertama tadi. Apabila mereka gagal mereka tidak berhenti di situ sahaja. Mereka terus bertindak dan mencuba dengan bersungguh-sungguh. Adakah mereka akan berjaya? Bergantung kepada keadaan. Mereka boleh gagal dan berjaya. Namun begitu segala usaha mereka akan penat dan hasil yang dapat tidak akan meningkat. Kenapa? Kerana mereka sentiasa menggunakan strategi yang sama dan tidak pernah mengubah strategi mereka ke arah yang lebih baik. Apbila mereka gagal, mereka bangkit tetapi menggunakan strategi yang sama. Dan begitulah seterusnya.

3. Pola Ketiga: Menerima maklum balas, mengubah strategi dan bertindak sehingga berjaya.

Ini adalah pola orang yang berjaya. Apabila mereka tidak dapat apa yang mereka inginkan, mereka tidak menganggap ia satu kegagalan tetapi menerimanya sebagai maklum balas. Mereka menggunakan maklum balas ini dan mengubah strategi dan mengambil tindakan lain dengan segera. Mereka terus mengulangi proses ini sehingga mereka mencapai apa yang mereka usahakan. Empat langkah yang anda perlukan bagi mencapai apa sahaja impian anda adalah mengetahui secara spesifik apa yang anda inginkan, membina strategi, bertindak, menerima maklum balas dan mengubah strategi anda sehingga berjaya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home