Saturday, December 17, 2011

Berombak-ombak


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Wednesday, December 14, 2011

Maksud Panggilan Rindu


'Miss Call' atau bahasa smsnya 'mis kol' bukan sahaja bermaksud panggilan yang tidak berjawab. Sebenarnya banyak kegunaan miss call ni..Ia juga boleh bermaksud:
- Apa khabar?
- You OK?
- Saya sedang memikirkan awak
- Ko tengah buat apa sekarang?
- Saya rindukan awak
- You 'free' ke sekarang?
- Boleh bercakap ke sekarang?
- Tolongla...






Kesimpulannya kegunaan miss call ialah:
kawan miss call semasa mengingati kawannya, pasangan kekasih miss call semasa merindui pasangannya, bapa miss call anaknya supaya anaknya sentiasa berhati-hati , guru miss call muridnya untuk wish good luck menghadapi exam,isteri miss call suaminya supaya tidak lupa membeli barangan yang dipesan dan banyak lagi.
Sekarang anda dah tau banyak kegunaan miss call ni, jangan lupa miss call rakan anda hehehe...



Tuesday, December 13, 2011

Japanese Girl Drifting

Mat Saleh Nyanyi Lagu Loghat Kelantan with Lirik


Malay Lirik Translation


aku sikit pun tak hairan kau cakap ada kekasih
aku sikit pun tak bimbang lelaki bukan hanya kau seorang
sayang bagi kau hanyalah untuk suka-suka
cinta bagi kau tak ada apa-apa makna

aku benci dengan perangai kau
aku bergurau kau dah jemu
pergilah jauh dari ku
aku bosan bosan bosan

bosan tengok gaya kau yang berlagak depan mataku
sikit pun aku tak berminat
aku bosan bosan bosan
ahhh serabut wehhhh(tension wehhhh)

aku benci dengan perangai kau
aku bergurau kau dah jemu
pergilah jauh dari ku
aku bosan bosan bosan

bosan tengok gaya kau yang berlagak depan mataku
sikit pun aku tak berminat
aku bosan bosan bosan

aku sikit pun tak hairan kau cakap ada kekasih
aku sikit pun tak bimbang lelaki bukan hanya kau seorang
sayang bagi kau hanyalah untuk suka-suka
cinta bagi kau tak ada apa-apa makna

sayang bagi kau hanyalah untuk suka-suka
cinta bagi kau tak ada apa-apa makna

UNDIAN KUMPULAN PIALA AFC 2012

Terangganu berada di Kumpulan F manakala Kelantan di kumpulan H
Kumpulan F: Kitchee (HK), Terengganu(Mas), Tampines Rovers (SIN), Song Lam (VIE)
Kumpulan H: Kelantan (Mas), Ayeyawady (MYA), Arema (INA), Navibank (VIE)



Kumpulan AFC UNDIAN KUMPULAN PIALA AFC 2012

KEPUTUSAN UNDIAN DAN JADUAL PERLAWANAN PIALA FA 2012





Undian bagi Liga Malaysia musim 2012 telah pun berlangsung hari ini di wisma FAM. Undian adalah melibatkan saingan Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA. Sepak mula Liga Super akan bermula pada 10 Januari 2012.
Piala Sumbangsih akan dilangsungkan pada 7 Januari 2012 melibatkan pertemuan Juara Liga Super Kelantan vs Negeri Sembilan yang merupakan Juara Piala Malaysia 2011. FAM hari ini telah bersetuju bahawa tiada mata untuk liga bagi perlawanan sumbangsih kali ini. Perlawanan ini akan dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bahru.
Bagi saingan Piala FA 2012, Juara Bertahan Terengganu dilihat meniti laluan yang sedikit sukar untuk sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir apabila berkemungkinan akan berdepan Perak atau UiTM di pusingan kedua dan besar kemungkinan Lions XII di suku akhir dan Selangor di separuh akhir. Namun segalanya bergantung kepada prestasi semasa pemain.
Pusingan pertama akan berlangsung pada 18 Februari 2012. Sila rujuk tarikh perlawanan seperti dibawah.
Berikut adalah Keputusan Undian Piala FA 2012 :


Pusingan pertama:
Terengganu vs PDRM
Perak vs ATM
UiTM vs Lions XII
Betaria FC vs Melaka
Pos Msia vs USM
Sime Darby vs Sabah
NS vs Johor FC
Shahzan Muda vs Selangor
Kelantan vs Sarawak
KL vs MP Muar
Harimau Muda B vs P.Pinang
SPA vs MBJB
Kedah vs PKNS
Perlis vs PPSD
Johor vs T-Team
Felda United vs Pahang


Jadual Piala FA 2012 – Road To The Final
Tarikh perlawanan Piala FA 2012 ;

PUSINGAN 1 (18 FEB 2012)

PUSINGAN 2 (10 MAC 2012)


SUKU AKHIR PERTAMA (24 MAC 2012)

SUKU AKHIR KEDUA (27 MAC 2012)

SEPARUH AKHIR PERTAMA (21 APRIL 2012)

SEPARUH AKHIR KEDUA (1 MEI 2012)

FINAL  PIALA FA 2012 (19 MEI 2012)

Gomo Kelate Gomo 2012

  

SENARAI PEMAIN KELANTAN 2012 | Pengumuman terkini mengenai Skuad Kelantan 2012 telah dibuat oleh Tan Sri Annuar Musa tadi. Berikut merupakan Senarai nama skuad Kelantan 2012 berdasarkan Sumber Facebook TRW.
Senarai Pemain Kelantan 2012 (Update Pengumuman KAFA)

Penjaga Gol
1 Khairul Fahmi Che Mat (Jersi 19)
2 Mohd Shahrizan Ismail (Jersi 1)
3 Syawzwan Yusof (Jersi 20)

Pertahanan
1 S. Subramaniam (Jersi 3)
2 Farisham Ismail (Jersi 6)
3 Rizal Fahmi Rosid (Jersi 17)
4 Aziz Ismail (Jersi 11)
5 Nik Shahrul Azim (Piala Presiden) (Jersi 5)
6 Daudsu Jamaludin (Jersi 15)
7 Zairul Fitree Ishak (Jersi 24)
8 Azizi Mat Rose *Baru* (Jersi 2)

Tengah
1 Badri Radzi (Jersi 16)
2 Shakir Shaari (Jersi 8 )
3 Izuan Salahudin (Jersi 26)
4 Nurul Azwan Roya (Jersi 12)
5 khairul Izuan Rosli (Piala Presiden) (Jersi 27)
6 S Chanturu (Jersi 23)
7 Norfarhan Mohamad *Baru* (Jersi 10)
8 Indra Putra Mahayudin *Baru* (Jersi 13)
9 Emmanuel Okine (Import/Kontrak 2 Tahun) *Baru* (Jersi 4)
10 Zamri Ramli (Jersi 14)

Penyerang
1 Norshahrul Idlan Talaha (Jersi 9)
2 Ramzul Zahini Adenan (Jersi 7)
3 Aris Zaidi (Piala Presiden)(Jersi 28)
4 Mohd Ghaadar (Import/Kontrak 2 Tahun) *Baru* (Jersi 22)
5 Denny Antwi (Import/Kontrak 2 Tahun) *Baru* (Jersi 18)
6 Azlan Ismail **Baru** (Jersi 25)




Kelebihan kepada yg single mingle+solo

Okay, jadi, apa kelebihannya ya ?

* Dapat menjauhkan diri dari melakukan maksiat dan zina
* Tidak ada risiko “frust menonggeng”
* Tak perlu membazir duit nak pergi dating (yang patutnya x boleh tu)
* Tak perlu asyik fikir nak top up je
* Taki perlu fikir hal cemburu dan rindu (cemburu tu menyusahkan hati dan rindu pada bukan muhrim tu mendatangkan dosa)
* Tak payah fikir “mak ayah suka dia tak ? kalau tak , macam mana ye….? macam mana pulak dengan bakal mertua, diorang suka aku tak ye?”
* Tak payah sibuk nak ingat hari lahir orang lain
* Boleh pergi mana-mana tanpa ada orang cemburu atau bising (dengan izin mak ayah ye …)
* Kalau keluar makan, tak payah fikir apa orang lain nak makan
* Bila nak keluar, pakai aja pakaian yang simple (menutup aurat ye), tak perlu fikir, “dia suka baju yang mana ye?”
* Tak payah sibuk nak fikir, “bila la cik abang nak masuk meminang ya?” atau “bilalah dia nak setuju kahwin ngan aku ni”
* Lebih baik fikirkan kesihatan keluarga daripada fikirkan kesihatan orang yang belum tentu jadi isteri / suami kita tu.

Kepada yang tak ada pasangan bercinta, bersyukurlah, kerana ALLAH sedang menjauhkan kamu daripada maksiat dan zina.
Kepada pasangan yang sedang hangat bercinta, percepatkanlah ikatan dan tidak perlulah amalkan dating tu. Kalau jumpa, biarlah di rumah orang tua dan biarlah dihadapan mereka supaya kita lebih tertib dan menghormati antara satu sama lain.

*kredit to edisikini

20 Fakta Menarik Tentang Islam

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-”recover” oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian dan kesuciannya sentiasa terjaga.
Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendiakawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.Wallahualam…Fakta Menarik Tentang Islam

BerSMS

Situasi: SMS
Si A: Awk da bf?
Si Gadis Manis: Xda lg, tp ramai org ajak sy couple. So awk jgn terlalu mengharap.
Si A: Aik? Mksd saya awak dah breakfast ke belum…
Si Gadis Manis: ………grrr



Gaya Malas
abu:weh ko nape tak dtg tadi?
ali:saje
abu:ko g mana?
ali:KL
abu:g mampos ar ko..
ali:ok




Gaya Budak-Budak (Sek Rendah)
"assalamuailaikum.syahirah hari ini kerja sekolah apa?saya terlupa nak catat dekat kelas tadi.."
amek kau..sekali mesej sampai 3-4 muka surat..terbuntang mata nak baca..memang skema giler dorang..aku pun slalu hantaq sms skema bila sms ngn bos hehe..

Gaya Remaja
"babe,u tolonk text zaki,cakap i kena pegi kelas + petank nie.."
nie gaya jimat sebenarnya..tulis pun shortfom je..haha..siap rojak lagi..


Gaya Nombor
"hoi,tun99u i kt kedai mamak 6ti..b4 grak j9n lup3 tolon9 sidai spender"
kreatif kan orang..dengan nombor pun boleh tulis mesej.. mesti dorang math A1


Gaya Shortfom Gila Babeng
"omg!kcg i kne lgr mse i otw shpng..pt 4 hm..i br bli kcg 2 lst mnth..gth spe yg lgr 2"
nie memang shortfom habes..dah macam kod rahsia tentera rusia..nak baca pun amek masa berejam.. hehe..kenkadang sampai kesudah tak tau maksud shorform tu ehehe


Gaya Kecik Besar
"wEh J0m gRaK KuAr baNdaR jAp LagI..b0sAn LaH d0k UmaH..aMeK AkU kAt RumAh.."
rasa nak lempang je orang yang text macam nie..apa kejadahnya lah..mesti tak reti beza huruf besar kena letak mana.. kekonon comel r msg camni hehe..kalau comel cam aku tkpe r jugak kihkihkihkih....


Gaya Kegedikan
"heyy!manaa adee i txtt orgg lenn..sumpaa sumpaa..takk tipuu punn..u jgnn pcayee ckpp orgg lenn.."
kalau boleh suma huruf last nak letak double..nape tak nak letak triple ker?10 ker?macam nie.."tipuuuuuuuuuuuuuuuu"haha


yang bawah sekali memang nak kena, haha