Tuesday, October 26, 2010

Throttle Body

Tanda-tanda throttle body kereta anda perlu diservis adalah kereta anda tidak mempunyai pick up, idle speed yang tidak tetap dan tiada kuasa untuk memotong.

Pertama sekali anda perlu tahu dimana kedudukan throttle body. Ianya terletak dihujung saluran air intake. Jika sudah tahu kedudukannya anda perlu membuka skrew yang mengikat saluran air intake dengan throttle body. Gunakan spanar untuk membuka skrew ini.

Cabut saluran air intake ini daripada throttle body. Lihat bahagian dalam throttle body melalui lubang di tengah-tengahnya. Anda akan dapat melihat butterfly valve pada bahagian tengah throttle body tersebut.


Gerakkan butterfly valve ini dengan menolak komponen bahagian tepi yang terikat dengan kabel. Jangan lepaskan dengan mengejut bahagian ini kerana ianya boleh merosakkan butterfly valve. Ketika butterfly valve ini terbuka lihat bahagian dalam throttle body ini. Anda akan dapati banyak mendapan karbon melekat pada bahagian dalam throttle body. Ini menyebabkan kereta anda kehilangan kuasa.

Untuk mencuci throttle body tidak perlu untuk anda buka keseluruhan throttle body ini dari enjin, kerana ia agak rumit. Cukup hanya mencucinya dari luar sahaja. Peralatan yang anda perlu ada adalah sebotol carburetor cleaner / injection cleaner, berus gigi terpakai dan kain.

Langkah pertama bukakan butterfly valve dan semburkan sedikit carburetor cleaner ke dalam lubang throttle body. Gosokkan bahagian dalam lubang throttle body itu dengan berus gigi, dan lapkan dengan kain. Jika ia masih lagi hitam, semburkan lagi dengan carburetor cleanar dan gosokkan dengan berus gigi. Ulangi langkah ini sehingga anda dapati bahagian dalam throttle body ini kelihatan agak berkilat.

Jika anda tidak pernah mencucinya kaedah di atas mungkin tidak boleh menanggalkan lapisan karbon yang terletak pada bahagian sekatan yang terletak dekat dengan butterfly valve.


Gunakan kain untuk membersihkan kedua-dua bahagian sekatan ini. Kemudian lapkan sehingga kering. Ulangi langkah pembersihan dengan menggunakan berus gigi dan lapkan hingga kering. Apabila anda nampak bahagian dalam throttle body ini telah berkilat bolehla anda berhenti membersihkannya.

Kemudian pasang semula saluran air intake dan ikatkan skrew dengan ketat. Hidupkan enjin kereta. Biasanya ianya agak lambat untuk hidup jika banyak carburetor spray / injection cleaner digunakan. Tapi jangan risau enjin kereta akan dapat dihidupkan. Pandu uji kereta anda, anda akan dapati enjin sudah tidak bergegar dengan teruk dan pick up pun lebih terasa.


Jika pick up masih agak kurang terasa, anda boleh reset balik tuning enjin dengan mencabut kepala bateri. Pastikan anda mencabut bahagian terminal negatif dahulu kemudian diikuti terminal positif. Untuk memasang semula dahulukan terminal positif kemudian diikuti dengan terminal negatif. Remote alarm mesti sentiasa berada bersama anda ketika memasang terminal negatif kerana alarm anda akan berbunyi sebaik terminal negatif dipasangkan. Padamkan alarm yang berbunyi dan teruskan memasang terminal negatif.

Jika selepas throttle body diservis dan pick up masih takde, check spark plug, cable plug dan last sekali distributor. Mula-mula tengok plug jika dah setahun tak diganti eloklah diganti sekarang.

Kalau dah tukar plug pun tak ok, cuba tukar cable plug dengan kawan-kawan yang sama jenis kereta dengan anda. Kalau pick rasa ok dan tak jerking itulah punca masalah anda, cable plug yang dah pecah atau rosak.

kadang2  timbul jugak  masalah coil. Kalau kereta anda terasa semput-semput, tak boleh dapat idle speed dan macam enjin guna tiga silinder saja, puncanya adalah coil. Mahal juga harganya.
selamat mencuba

Monday, October 25, 2010

Tenaga Ajaib Tersembunyi

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Habatussauda Ubat Segala Penyakit Kecuali Maut - HR.Bukhari, Muslim

Arab = Habbatus Sauda’, Habbatul Baraka, Kamun Aswad, Sinauj
Inggeris = Nigella, love in a mist. Fennel Flower, Onion Seed, black seed
Melayu : Jintan Hitam


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Keajaiban Air Mata

Aku bukanlah Superman, aku juga bisa nangis…

Siapa kata menangis tak ada gunanya? Lama kelamaan menangis memang boleh membuatkan mata merah dan bengkak. Tapi jangan salah anggap kerana menangis dan mengeluarkan air mata ternyata boleh jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja? Ini dia 7 keajaiban yang bisa Anda dapatkan setelah menangis dan berair mata.

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu obat tetes mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria yang alami. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 persen bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis bisa menurunkan level stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis karena emosi mengandung 24 percent protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahwa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosional ternyata mengandung racun.
Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya dari mata.

5. Mengurangi stres
Bagaimana menangis bisa mengurangi stres ? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh yaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komunikasi
Selain baik untuk kesehatan fisik, menangis juga bisa membantu seseorang membangun sebuah komunikasi. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di pikiranmu setelah menangis, jangan dipendam karena Anda biasa menangis meledak-ledak.


wassallam

Highway Karak

pd yg selalu gune highway ni..mungkin ade yg dah tau
dan pd yg tak tau tu..ini ade info siket..dan pd yg dah tau tu ..ini sebagai reminder...

Just nak kongsi sedikit info untuk anda yang akan pulang berhari raya ke Pahang,Kelantan & Terangganu.

Umum Ketahui..Kemalangan Di Highway KL-Karak kerap berlaku..paling kurang 6 accident kalau waktu hujan..tak kira menghala ke KL atau Karak.

Tambahan pula kehadiran Longkai yang memang terbukti menitiskan sedikit minyak atas jalan untuk bagi kenderaan tergelincir so ini memang terbukti bila sahabat sendiri terlibat dalam kemalangan di KM29 menghala ke KL (Berhampiran Susur U turn kg asli gombak) ...

Keuntungan bagi seorang longkai (Towing Car) bila dapat tarik satu kereta ke bengkel adalah antara Rm400-Rm500 sebuah..kalau sehari boleh tarik sampai 4-5 di Highway Karak sahaja. Sebab tu anda boleh melihat kelibat towing car di kawasan strategik.

Sila Berhati-Hati di location berikut

KM 32-38 ( Dari Selepas Terowong Genting Sempah Hingga Ke Simpang Berjaya Hill) - Menghala Karak

KM 32-30 - Selepas Terowong Genting Sempah Sampai Susur Pusingan Kampung Asli Gombak - Menghala KL.

KM 45-57 ( Selepas Simpang Kawasan Industri Bentong Ke Simpang Sertik) - Menghala Ke Karak (Begitu Juga Sebaliknya).

So Kalau Hujan dan turun bukit.. jangan tekan brek direct ,,kurangkan kelajuan pakai gear rendah .. sebab kalau anda tekan habis.. kereta akan tergelincir..so berhati - hati...

Pihak MTD memang selalu memantau keadaan.
Anda Juga Boleh Simpan No MTD ini (Hotline 09-5479111)

So selamat balik kampun dan tiba ke destinasi yang ditujui.
Amalkan doa naik kenderaan. InsyaAllah Allah melindungi anda.

10 Cars Mechanics Hate

Buzz Up!
By Tom and Ray Magliozzi, Click and Clack the Tappet Brothers
2010 Honda Civic
2010 Honda Civic

These are the cars that cause us to mumble under our breath when they drive by. So smug. So reliable. Sure! Drive right past our shop! How's a mechanic supposed to make a monthly boat payment with so many of these things on the road?

MORE AT CARS.COM

    * » Kicking Tires, the blog for car buyers
    * » Car questions answered by the experts

Yes, the cars we hate most, as mechanics, are the cars that provide us with the fewest repair dollars. I mean, you see a '99 Jeep Grand Cherokee roll into the shop and you can practically smell the transmission rebuild. But the cars on this list? You'll be lucky to sell their owners a set of brake pads or a muffler.

If you're looking for a car to buy, however, this list might provide you with some good clues. Oh, sure ... don't worry about us!

P.S. This list reflects our own experience, of course. So when we cite the ready availability of parts, we're talking about the typical repair experience in metropolitan areas in the Northeast. We're not sure the same is true in North Grainbucket, Iowa.

P.P.S. Astute observers will notice 13 cars in this list, not 10. Please don't write in to complain.

Honda Civic

One of the most reliable cars available today. The Civic rarely seems to break, and when it does, its problems are easy to diagnose. Original Equipment Manufacturer, aka OEM, parts are both affordable and easy to get.

Honda Accord

See "Civic."

Toyota Camry

The Camry used to be the clear-cut winner when it came to reliability. Other cars are catching up, but it's still one of the most reliable performers around. Affordable and easy-to-get OEM parts, too.

Toyota Corolla

About all that's ever needed on the Corolla are regular maintenance and an occasional brake job. We're not making any money on this car, that's for sure. OEM parts are affordable, too.

Toyota Prius

Unfortunately for us, only dealers are currently servicing the expensive hybrid components in the Prius. That will change in time. But, for now, we're not making any money off the Prius.

The Prius is crammed full of technology, but Toyota has put plenty of effort into the layout, which is well thought out. Considering the number of components that are under the hood, the non-hybrid parts are pretty easy to access and service.

From our point of view, the Prius is terrible news for mechanics — not even the brakes wear out, thanks to the regenerative braking system. All we get to install are wiper blades. How are you supposed to buy a pair of Jet Skis on that money?

Ford Fusion and Ford Fusion Hybrid

In our humble opinion, these are two of the few American cars that really approach the reliability of the Japanese brands. (Official Car Talk Disclaimer: Ray is a Ford stockholder — as well as a disgruntled former GM stockholder.)

Toyota Sienna and Honda Odyssey

Minivans have generally been pretty good to us. They're big cars with a lot of parts that eventually fall off. But if you're looking for the best of the minivans — the ones on which we make the least amount of money — those would be the Toyota Sienna and Honda Odyssey. Are they as reliable and as affordable as the other cars in this list? Probably not. But in the minivan class, they're the best choices going.

Honda CR-V

See "Civic" and "Accord." The only repair issue we see with the CR-V is a "chattering" final drive in the all-wheel-drive version. Other than that, the CR-V is just as reliable as any other Honda. The transmission, engine and everything else are all great. Parts are affordable, and big repairs are infrequent. Drat!

Honda Element

Unfortunately for mechanics, the Element has the same reliable drivetrain as the CR-V, so the same comments apply. The other reason we hate this car? Element owners always seem to have big dogs, which translates to a "big stink for mechanics."

Subaru Impreza

For an all-wheel-drive car, the Impreza is very reliable. Usually, we count on making a lot of money on all-wheel-drive vehicles, thanks to all the additional drivetrain components. Sadly, that's not the case with this car. Thanks a lot, Subaru. We find parts to be reasonably priced and widely available.

Subaru Forester

Parts are readily available and reasonably priced. When it comes to all-wheel-drive vehicles, like the Impreza, the Forester is a sturdy, reliable choice.

Nissan Altima

The Altima runs forever, and it's great to drive. The four-cylinder edition is a reliable car that's easy to fix. These cars just don't seem to break. Other than routine oil changes, we only see Altima owners when they've racked up 150,000 miles or more.

Special Mention

Fiat, Alfa Romeo, Lancia, Peugeot and AMC:

These are cars we fondly remember as rolling boat payments. We'd see them coming into the shop — usually on the back end of a tow truck — and we'd know it would be a good month. Unfortunately, these manufacturers are now on our fecal roster because they've pulled out of the U.S. market. Fiat and Alfa may come back in the next few years, even if they have to sneak in disguised as Chryslers. We just hope they haven't improved too much.

We could live with all the other cars on this list if we could just have a dozen customers with these heaps. Guys, please come back! We miss you!


>>just to share

Saturday, October 23, 2010

Kepercayaan Masyarakat Melayu

Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

Misalnya, seseorang yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu, dipercayai kehidupannya sudah tidak lama lagi. Jika anjing menyalak lama di tengah malam, masyarakat Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran Demikian pula jika terdengar suara burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah.Biasanya kita difahamkan, kalau katak berbunyi, itu petanda hari nak hujan.

Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Namun ada juga yang mempercayai kalau katak berbunyi bersahut-sahutan, bermaksud akan berlaku ribut puting beliung.

Begitu juga, jika banyak kelkatu naik menghurungi cahaya lampu, itu menandakan akan berlaku banjir.

Kucing adalah binatang yang rapat dengan orang Melayu selain ayam. Justeru banyak petanda yang ditunjukkan oleh kucing yang ditanggap orang Melayu mempunyai maksud tertentu.

Kata orang, kalau ada kucing membersihkan muka di hadapan pintu, itu menunjukkan akan didatangi tetamu yang cantik dan pembersih.Sekiranya ada burung yang tersesat ke dalam rumah kita juga menunjukkan tuan rumah akan mendapat rezeki dan ada tetamu yang akan datang.
Namun kalau kumbang atau belalang pelesit yang masuk ke dalam rumah, bermaksud ada benda mistik yang tak elok bertandang.

Cicak pula memang ada di mana-mana. Jika cicak berbunyi, itu menunjukkan cicak mengiyakan percakapan kita. Cicak dianggap berkata atas dasar kebenaran
Sekiranya kita berjalan dan dilintasi binatang juga mempunyai beberapa maksud. Kalau kucing yang melintas jalan kita, itu bermaksud kita akan berjumpa kawan di dalam perjalanan.
Namun kalau biawak yang melintas jalan kita, bersedia untuk menanggung beban.

Mungkin melalui kepercayaan inilah wujudnya peribahasa ‘biawak hidup’ yang menyamakannya dengan manusia yang tidak memberi hasil dan hanya membebankan orang lain.Sekiranya kita didatangi binatang-binatang tertentu seperti kala jengking, katak, cengkerik, belalang, kupu-kupu, kumbang, dan sebagainya, sebaik-baiknya tidak diganggu atau dibunuh.

Sewajarnya ditangkap dan dilepaskan di luar rumah kerana kehadiran binatang-binatang ini terjadi secara alamiah.

Walaupun kebenaran daripada tanda-tanda yang terjadi ini kadangkala banyak diragui, namun ada kalanya memang wujud hubungan antara kejadian-kejadian tersebut dengan hukum alam. Hanya Tuhan yang tahu segalanya.

Sekiranya langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu menandakan seorang raja sedang nazak atau sudah menemui ajalnya.

ADA banyak kepercayaan masyarakat Melayu yang berhubungan dengan tanda-tanda alam.

wallahuallam

Adakah Anda Tahu ?

Adakah anda tau?! Aku pun baru tau..

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang anda pakai sekarang ni..

2. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

3. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

4. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

5. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

6. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

7. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp’...ye ke..entah..

8. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

9. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

10. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

11. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv... ye ke ? kenapa?
    sebab ia nya umpama seketul ECU yg menjalan kan arahan utk perut buat pemprosesan..utk menghantar   
    signal ke setiap sensor kat tubuh kite utk bikin repairing/self repair la kira nya tuu..sikit lebih
    kurang la...dan mcm mcm lagi la..

12. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati.   Buaya
   akan melepas anda serta merta...hehehe amcm ade bran ka..? lain la kalau kita kerap ke sungai Linggi 
    N9.. hehehehe....
 
13. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

15 Fakta Menarik Tentang Nyamuk

Bunyi nyamuk ‘nyyeeeng,..nyeng..nyengg’ menyebabkan tidur kita sering terganggu. Tidak kiralah apa spesis nyamuk samada nyamuk aedes, nyamuk terjun tiruk, nyamuk tonggeng, semuanya mempunyai bunyi yang senada dan menyakitkan telinga. Sudah segala bagai jenis ubat nyamuk sudah kita beli dan praktikkan, namun nyamuk si kecil tetap juga mengganggu tidur kita. Kalau ianya berlarutan, mungkin kelambu boleh menyelesaikan masalah ini. Ada lagi ke antara kita yang tidur berkelambu?
Biasanya, untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu tahu apa akar masalahnya. Saya terfikir, perkongsian 15 fakta menarik tentang nyamuk mungkin mampu memberi kita idea bagaimana menyelesaikan masalah nyamuk. Mari kita sama-sama telusuri misteri disebalik seekor nyamuk.

1. Nyamuk sudahpun wujud sejak 100 juta tahun lalu (dah lama dah..)

2. Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitan dengan cepat. Diketahui hidup banyak di kawasan tropika dan juga Artik.

3. Dari telur ke nyamuk dewasa yang macho hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya bergantung kepada suhu. (Patutlah banyak sangat nyamuk, cepat betul proses perkembangannya!)

4. Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya. (Kesian nyamuk jantan, agaknya lepas saja habis ‘tugas’, terus mati..)

5. Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat (itu yang datangnya bunyi “nyyyennng” tu..sebab laju sangat sayap dia).

6. Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina yang seksi dengan hanya bunyi kibasan sayapnya (memang senjata rahsia ni).

7. Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk tompok di sayap (ada tompok rupanya).

8. Apa makanan nyamuk? Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah), dan mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung (patutlah banyak nyamuk aedes, dah memang makanannya air bertakung).

9. Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang mampu terbang sejauh 30 kilometer (jauh perjalanan, ramai ‘pelanggan’).

10. Bagaimana nyamuk mencari mangsa? Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Kita membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Senanglah nyamuk ‘target’ kita (kalau pakai selimut tebal, mungkinkah pelepasan haba dapat dikurangkan? Lalu nyamuk tak nampak kita?)

11. Spesis nyamuk yang paling ganas agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam (pergh..ganas betul tu!)

12. Nyamuk betina saja yang suka menggigit kita. Darah sumber protein untuk mereka hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan (macam baik jer nyamuk jantan nie..)

13. Nyamuk memang terkenal menyebabkan penyakit demam malaria, denggi, JE dan sebagainya. Nyamuk juga membawa penyakit kepada haiwan seperti penyakit kecacingan pada lembu dan kuda.

14. Dilabel sebagai ‘makhluk pembunuh’ sebab penyakit demam malaria sudahpun hampir membunuh setengan dari populasi manusia sejak zaman paleolitik (zaman batu daa..).

15. Asal usul nyamuk aedes adalah dari Timur Asia. Mereka sampai ke sana melalui tayar-tayar buruk yang diimport (hati-hati dengan tayar buruk)


Pernahkah kita berfikir, apa gunanya Allah mencipta nyamuk, lebah dan sebagainya? Ironinya, semua ciptaanNYA pasti ada peranan tersendiri dan tidak sia-sia. Antaranya ialah:

1. Usia nyamuk pendek saja, tugasnya membawa penyakit sebagai memberi peringatan kepada kita. Sesakali sakit, membuatkan kita lebih taat pada Allah. Jika tidak, kita berasa sentiasa megah atas nikmat kesihatan dan mengabaikan tanggungjawab sebagai hambaNYA.

2. Kita sepatutnya berterima kasih kepada nyamuk sebab memberi peluang untuk kita merasai sakit. Bukankah sakit itu sebahagian dari peluang menghapuskan dosa-dosa kecil kita? Subhanallah.

3. Nyamuk sebagai penanda aras tahap kebersihan. Jika persekitaran kotor, nyamuk akan tunjuk kesannya. Tidakkah kita berfikir?

4. Kebolehan nyamuk menyesuaikan diri dengan cepat dengan persekitaran perlu kita contohi. Kalau kita ingin ’survive’ dan berjaya, pandai-pandailah kita menyesuaikan diri dengan suasana zaman sekarang (tapi agama tetap sebagai asas pegangan kita)

Sami Bersolat Bersama-sama Orang Islam didalam Masjid.

SABDA RASULULLAH "SEPENINGGALAN KU NANTI,UMAT ISLAM AKAN TERPECAH BELAH MENJADI 73 GOLONGAN, AKAN TETAPI KESEMUANYA AKAN MASSUK NERAKA, AKAN TETAPI HANYA 1 SAHAJA YANG BENAR IAITU MEREKA-MEREKA YG BERPEGANG TEGUH KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA"



















Andaikan sami ni baru masuk islam dan imam mengajar mereka menunaikan solat
tu yg imam mungkin cakap ."Kamu ikut aku solat" dan sami tu jawb balik ,"yes sir" sambil tabik hormat agaknya la kot. Hendaklah berprasangka baik...

Salah Satu Cara Menguji Minda Anda

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita,diantara
keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama.....

Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

dah selesai?



Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!






















OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...



otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki
otak PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara
ini.

Jom Tukar Mindset Anda Sebentar

Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri. Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.
Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:

Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan?
Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat? Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance.

Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.
Stephen Covey, dalam bukunya “Seven Habits of Highly Effective People” menceritakan pula begini:

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu. Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni?

Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni! Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu Sebenarnya, isteri saya – ibu mereka – baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.” Kemudian dia sambung lagi: “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.” Apa rasa kita masa itu? Sebab itulah bila teringat ayat Qur’an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa,
kebanyakkannya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya! Bagaimana dengan anda?

Wallahualam.

Bagaimana Manusia Bertindak balas Pada Kegagalan

Aku pernah baca buku motivasi "Master Your Mind Design Your Destiny". Bagus buku tu, So aku nak kongsi sikit apa yang aku dapat dalam buku ni berkenaan:

3 Kaedah/Cara Manusia Bertindak Balas Pada Kegagalan

1. Pola Pertama: Memberikan Alasan Dan Berputus Asa

Apabila mereka gagal mereka akan memberi alasan dan menyalahkan orang lain serta menyalahkan keadaan. Mereka akan mengeluarkan kata-kata "Ini tidak adil","saya memang tidak pandai","saya memang tidak bertuah" dan sebagainya. Mereka inilah orang-orang yang selalu berkata, "Saya sudah mencubanya, tetapi tidak berjaya!" 

2. Pola Kedua: Cuba Melakukan Perkara Yang Sama Berkali-Kali

Kelompok ini adalah lebih gigih daripada yang pertama tadi. Apabila mereka gagal mereka tidak berhenti di situ sahaja. Mereka terus bertindak dan mencuba dengan bersungguh-sungguh. Adakah mereka akan berjaya? Bergantung kepada keadaan. Mereka boleh gagal dan berjaya. Namun begitu segala usaha mereka akan penat dan hasil yang dapat tidak akan meningkat. Kenapa? Kerana mereka sentiasa menggunakan strategi yang sama dan tidak pernah mengubah strategi mereka ke arah yang lebih baik. Apbila mereka gagal, mereka bangkit tetapi menggunakan strategi yang sama. Dan begitulah seterusnya.

3. Pola Ketiga: Menerima maklum balas, mengubah strategi dan bertindak sehingga berjaya.

Ini adalah pola orang yang berjaya. Apabila mereka tidak dapat apa yang mereka inginkan, mereka tidak menganggap ia satu kegagalan tetapi menerimanya sebagai maklum balas. Mereka menggunakan maklum balas ini dan mengubah strategi dan mengambil tindakan lain dengan segera. Mereka terus mengulangi proses ini sehingga mereka mencapai apa yang mereka usahakan. Empat langkah yang anda perlukan bagi mencapai apa sahaja impian anda adalah mengetahui secara spesifik apa yang anda inginkan, membina strategi, bertindak, menerima maklum balas dan mengubah strategi anda sehingga berjaya.

Rahsia Hon

Percaya atau tidak

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang.……hehe

1 kali HON PENDEK – pemandu tu nak cakap ; HAI

2 kali HON PENDEK – pemandu tu nak cakap ; TERIMA KASIH ; atau ; JUMPA LAGI

3 kali HON PENDEK – pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

1 kali HON PANJANG – pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

2 kali HON PANJANG – pemandu tu marah ; HOI ….. ***** TAK DER OTAK KE



4 X atau lebih HON PENDEK – pemandu tu cakap ;

TIIILAM! TIIILAM……. TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM……TIIILAAAAM!

Ketahui Hak Anda

Hak-hak anda bila Ditahan Polis Malaysia

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri

Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :

    * Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
    * Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
    * Putih : Polis Simpanan


Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam

Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis

Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.


2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan Diri

Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain

Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Adakah anda sedang ditangkap

Anda sedang ditangkap jika Polis:

    * menjawab "ya"; tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau
    * menggari anda.


Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap

Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).


3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Pernyataan 112

Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan
mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi

Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda,anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhada anda mendesak anda supaya bekerjasama.


3.3 Membuat Pernyataan 112

Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.

    * Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
    * Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
    * Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
    * Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.
    * Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
    * Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda

Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.

    * Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.
    * Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.
    * Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir pernyataan anda.


4. POLIS MENANGKAP ANDA


4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"

Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap

Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?"

Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap

Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:

   1. Keluarga atau rakan; dan/atau
   2. Seorang peguam.

Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).

Maklumkan kepada mereka:

    * yang anda telah ditangkap;
    * masa, tempat dan alasan ditangkap;
    * Balai Polis di mana anda dibawa.


4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam

    * Di Balai Polis, atau
    * Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.



5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam

Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang
munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian

Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi

Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan

Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda

Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak
Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam,Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).


6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM


6.1 Siapakah Majistret

Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman

Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman

Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam.
Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:

    * untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau
    * membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.

Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari
bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman

Maklumkan kepada Majistret:

    * anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;
    * jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;
    * jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;
    * jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
    * sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
    * sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan


6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat

Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama
dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).


7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan

Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan
memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan

    * Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.
    * Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.
    * Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/saku/beg anda.


7.3 Hak-hak anda

    * Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesionaldan sopan.
    * Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:

    * Bantah;
    * Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan
    * Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.

8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU


8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian

    * Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.
    * Anda ditangkap.
    * Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.


8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan

Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah -pemeriksaan pakaian luaran.

2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung dan telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.

4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.


8.3 Hak anda

    * Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.
    * Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam andasemasa pemeriksaan dilakukan.
    * Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita


9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP


9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda

Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi).Selain Maklumat-Maklumat Peribadi,anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda.Jika anda
memilih untuk berdiam diri, katakan,

"Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan

Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak bolehmengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.


9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti

Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 04-3108 451

Benar atau Tidak ?

Selama ni kita selalu dengar cerita sahaja mengenai keburukkan PROTON. Jadi hari ni jom la sama-sama kita baca kisah benar disebalik PROTON ni.. tak kenal maka tak cinta.. Artikel ini agak panjang, jadi siapa yang malas nak baca, tak mengapa. Untuk yang berminat nak membaca dan lepas ni confirm korang x kondem2 proton lagi, sila baca sampai habis ya.. Teehee! Terima kasih kepada Hayati Rahib di atas perkongsian. Sumber asal dari forum MKMU.net


Assalamualaikum,

Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.



“Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.”



Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda… Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam…. Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak… hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy… 100% body dibuat di Malaysia.



“Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya.”



Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua…. Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri… orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita… memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.



“Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang.”



Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.



Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang…. Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia.



“Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je..”



Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk banyak rempah ratusnya….. Memang pada mulanya kita belajar… selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.



Saga – base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.



Iswara – base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK.



Wira – Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.



Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu… orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.



Perdana – untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.



Tiara – Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.



Waja – Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita… kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.



Gen2 – 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.



o Savvy – 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well… kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.



Lain lain – Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok… masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.



“Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.”



Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah… kami masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.



“Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai.”



Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA)



Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la… siapa nak bagi kita pandai kan. Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua…bekas Proton, Head of Styling…bekas Proton, Head of Planning…bekas Proton, Head of Production…bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services…bekas Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them… orang lain ambil cara senang je.



Naza pulak.. Head of R&D….bekas Proton. Head of Production…bekas Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan… Head dia pun bekas proton, Inokom… head dia pun bekas proton. Itu kira head je…bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So… orang Proton tak bagus?



Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara… dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia. Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…?



“Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja…”



Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja… buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara… berapa banyak kaki tangan Proton… 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton…100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan, honda? 0… Kosong.



Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai.



Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia… harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.



Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu dengannya.



Saudara… Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh… Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif… tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea…susah. Sebabnya…



1. memang mereka patriotik. 2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit.



Jepun… Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia…. Kutuk lagi ada.



Saudara semua… kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal… tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual… lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.



Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?



Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.



Errr…. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.



Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.



Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka… kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India… nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea… Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita… apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya.



Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German…. Bukan tak boleh buat. Boleh… tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia.



Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional… Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang…. Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton….. Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman… Perodua, Naza ambil.



Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar… sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Beza 4A-GE Blacktop dengan 4A-GE AE86

Berbeza beza cuma dua 2 ni guna platform yang sama 4AGE.
AE86 4AGE 16valve + tvis + tarik belakang
Blacktop 4AGE 20valve + 4trottle + vvt + bleh mod tarik belakang.


4 trottle 2 adalah sejenis rama2 yang mempunyai sayap besi :

4trottle dia punya function sama macam trottle body kat kereta injection biasa cuma dia ada 4 trottle untuk setiap piston dia ada throttle, manakala yang mmenggunakan throttle body biasa contohnya proton wira injection dia menggunakan 1 throttle untuk 4 piston. maknanya piston tu berkongsi 1 throttle. 4 throttle dia tak kongsi2 dah campuran minyak dan udara selalunya tepat (kalau setting ok) dan tahap melahap dia boleh tahan kalau siap bikin. lagi satu untuk untuk enjin 4AGE 20Valve 4 Throttle plak 1 valve untuk  1piston akan digunakan untuk menyempurnakan fungsi 4 throttle.

Apa itu FICD ?

FICD bukan untuk save minyak itu yg pastinya. Alat ini untuk bg idling kete lg cun, terutama masa tgh on Aircond atau TB (Throttle Body) dah hampir nak kong. Hanya engine injection je yg boleh pakai coz tak pernah nampak lg carburator pakai benda ni. Nak kata bg kereta laju tu mungkin 0.01% jer kot  tp respon masa nak shift gear memang best. RPM mcm tak turun cepat sgt.


contoh gambar rajah FICD utk D.I.Y

Penggunaan SAFC/AFC Neo

SAFC/AFC ni sebenarnya digunakan utk tipu ecu seperti yg kita tahu, ecu bekerja membekalkan bahan api berdasarkan kepada o2 sensor pada ekzos dan jumlah udara yg masuk ke combustion chamber dan biasanya bila kita floor pedal secara mengejut, terutama pada rpm rendah, kita akan terasa mcm berat je nak pegi, dah lepas certain2 rpm, baru rasa dia pegi. Masa rasa berat tu sebenarnya ecu dah bekalkan bahan api yg banyak ke combustion chamber. bila pembakaran rich pada low rpm engine akan jadi sebu.

Penggunaan afc atau ape2 piggyback mampu menghilangkan atau setidak2 nya mengurangkan masalah tu. Kita boleh cheat ecu. Cthnya kita nak leankan pembakaran semasa rasa berat tu utk kasi engine rase ringan dan cepat je peginye, jadi kita tipu data yg diterima oleh ecu dengan menggunakan piggyback ni. Cth, masa rpm 3, kereta berat bila kita tekan minyak kuat dan afr pada ketika itu mungkin terlampau rich, contoh katekan 12 afr iaitu 12 udara kepada 1 bahagian petrol(stoichometric value = 14.7) jadi kita setkan pada afc correction utk -ve kan jumlah udara yg masuk ke engine. Katakan 100% udara masuk, kita buatkan correction dia -5%, jadi data yg sampai ke ecu ialah 95% sahaja, jadi pembakaran akan jadi 14.7 atau lebih lean (terpulang pada tuning)...

Kebaikkan afc moden ni plak, dia ade 2 mapping yg boleh kita setkan utk low throttle opening dan high throttle opening. Jadi utk jimat minyak (low throttle) kita boleh leankan mapping dia dan utk performance (hi throttle) kita boleh tune ikut rpm afr yg kita nak (mungkin sekitar 11.5-13 afr bergantung pada rpm dan tuner)...

afc neo ni lagi canggih dari afc apexi yg sebelum2nye, yg ni ade 2 mode, iaitu 8 point easy setup dan 16 point profesional setup, ade vafc, etc. etc...

Stereng Rack & Stereng Column

Jika stereng berbunyi checklah stereng rack & stereng column . Apa itu stereng rack & stereng column ???
Stereng coloum ni yang satu set batang kat dalam dashboard tu, dia jugalah yang bersambung dengan stereng rack pada bahagian luar bawah kereta.Mungkin pada jointnya dah longgar.

contoh gambar stereng column

contoh gambar stereng rack (benda panjang - stereng gearbox tu)

Thursday, October 21, 2010

Tanda-tanda Gangguan Jin , Saka

Petanda-petanda orang yang terkena rasukan terbahagi kepada dua bahagian iaitu tanda-tanda ketika tidur dan tanda-tanda ketika jaga.

>>Di antara tanda-tanda ketika tidur:

1) Sukar untuk tidur, melainkan setelah puas mencuba
2) Selalu terjaga daripada tidur dalam keadaan terkejut
3) Rasa dihempap / ditindih semasa tidur (sukar bergerak atau bernafas)
4) Selalu mimpi yang ngeri
5) Mimpi bertemu binatang seperti kucing, anjing, ular
6) Mengertap gigi ketika tidur
7) Bercakap, ketawa, menangis, mengerang atau berjalan ketika tidur
8 ) Mimpi jatuh dari tempat tinggi
9) Mimpi berada di perkuburan atau tempat yang kotor seperti tempat pembuangan sampah atau tandas yang kotor
10) Mimpi melihat lembaga atau makhluk yang pelik
11) Mimpi sesuatu perkara, dan perkara itu akan terjadi dalam masa terdekat
12) Mimpi berjumpa kanak-kanak, mengandung atau menyusukan bayi


>>Di antara tanda-tanda ketika jaga:

1) Selalu pening atau sakit kepala yang bukan disebabkan oleh masalah mata, telinga, hidung, gigi, pangkal tengkuk atau perut. Biasanya sakit ini tidak hilang selepas mengambil ubat medikal
2) Berat untuk beribadah seperti solat atau berzikir
3) Selalu stress
4) Badan lemah dan tidak bermaya terutama ketika hendak bekerja (bagi yang bekerja) atau ketika hendak belajar (bagi yang masih belajar)
5) Sakit pada anggota badan seperti pinggang dan belakang, dan doktor medikal tidak dapat mengesan puncanya
6) Sakit pada sendi-sendi badan seperti lutut
7) Selalu merasa was-was ketika solat terutamanya tentang bilangan rakaat yang telah dibuat
8 ) Terasa seperti ada sesuatu bergerak di bawah kulit, terutama ketika membaca Al-Quran atau berzikir
9) Cepat marah atau baran walaupun dek kerana perkara yang remeh
10) Mulut “masin” – apa yang dikatakan boleh terjadi betul-betul
11) Boleh menjangka perkara yang bakal terjadi atau seolah-olah pernah pernah melihat perkara itu terjadi
12) Kitaran haid yang bermasalah
13) Sukar mendapat zuriat
14) Sukar untuk berkahwin atau selalu terhalang seperti putus tunang atau hilang minat terhadap pasangan tanpa sebab
15) Pasangan suami isteri bermasalah seperti selalu bergaduh perkara yang remeh, kadang2 sayang kadang2 benci, melihat wajah pasangan menjadi buruk
16) Orang yang baik kepada anda tiba-tiba membenci anda


>>CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki
lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia
dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis
udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari
api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata:
Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah
merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke
otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang
dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan
membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki
gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam
otaknya.


>>CARA MENGESAN

Terdapat banyak cara yang digunakan oleh perawat-perawat rawatan Islam untuk mengesan gangguan pada pesakit.

1) lakukan solat hajat dengan niat memohon kepada Allah berikan petunjuk jika ada gangguan jin dalam badan
2) baca surah Al-Fatihah dan ulang Ayat 6 sebanyak 7 kali
3) baca ayat Kursi
4) baca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas
5) dalam keadaan masih berwuduk dan berada di atas sejadah / tempat solat, bacalah ayat 70 daripada surah Al-Isra’ sebanyak 100 kali secara terus menerus. Proses ini boleh mengambil masa dalam 30 minit. Jika terdapat gangguan, anda akan rasa perubahan/kelainan pada badan @ mengantuk @ terbatuk @ sesak nafas @ sakit kepala @ sakit belakang. Biasanya orang yang ada gangguan teruk, tidak mampu menghabiskan 100 kali.

Dengan izin Allah….


>>DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :

1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan
kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air
panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa
sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak
akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat
marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang
tinggi.


>>PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN JIN


1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan
istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat
dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika
o Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
o Terjumpa sesuatu di atas tanah.
o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu
pagi, petang ataupun pada waktu makan.
4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon
kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang
syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat
merangsang nafsu seseorang.
6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan
dangan wanita yang bukan muhrimnya.
7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di
kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan
solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu
adalah senjata ampuh bagi syaitan.

WALLAHUALAM...

Wednesday, October 20, 2010

Bahaya Minum Ais

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.

Asal Empat Sungai Di Syurga dan Kunci Syurga

Bersabda Nabi s.a.w : “Semasa aku Isra’ dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.s telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat di dalamnya terdapat (4) empat buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada airnya dari susu, ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada airnya dari madu dan ada airnya yg tidak masin.
Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti firman Allah di dalam al-Qur’an : “Didalam Syurga itu ada sungai yg airnya tidak masin. Ada sungai yg airnya dari susu dan tidak pernah berubah
rasanya. Ada sungai dari arak yg lazat bagi yg meminumnya dan ada sungai dari madu pilihan”.

Aku bertanya kepada Jibrail a.s : “Wahai Jibrail a.s, dari manakah asalnya sungai-sungai ini dan ke manakah akhirnya?”

Jibrail a.s menjawab : ” Ya Rasulullah SAW, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga Al-Kaustsar, asalnya tidak aku ketahui.”

Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang Malaikat dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia munyuruh aku memejamkan mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabila
aku bukakan mataku semula, aku berada dekat sepohon pokok yg besar. Aku lihat ada sebuah kubah yg amat besar diperbuat dari permata yg putih berkilauan manakala pintu-pintunya dari jakut
hijau dan kunci-kuncinya dari emas.

Dan, aku lihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya.
Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh Malaikat dengan bertanya:
“Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?”

Aku pun bertanya: “Bagaimana dapat aku masuk sedangkan pintunya berkunci? Dimanakah kuncinya
Jawab Malaikat itu: “Kuncinya di dalam tanganmu
Tanyaku : “Dimana?”
Jawabnya: “Cukuplah engkau ucapkan Bismillahir rahmaanir rahiim”.
Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalamnya. Sungguh amat menakjubkan ciptaan Allah azza wajalla, sungai-sungai itu memancutkan
airnya dari (4) empat buah liang yg besar-besar.

Melihat aku mahu keluar, Malaikat itu bertanya lagi kepadaku: “Apakah engkau sudah cukup puas melihat permandangan ini? Sesungguhnya masih ada yg engkau belum lihat. Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik-baik, dari apakah sungai-sungai itu memancutkan airnya”.
Lalu, aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah Bismillahir rahmaanir rahiim diantara (4) empat batang tiangnya.
  • Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar.
  • Dari lubang huruf ha’ perkataan Allah, keluar air sungai susu.
  • Dari lubang huruf mim perkataan Arrahmaan, keluar air sungai arak.
  • Dan, dari lubang huruf mim perkataan Arrahiim, keluar air sungai madu.
Demikianlah asalnya (4) empat buah sungai di dalam syurga. Dari itu, siapa dari umatku yang membaca Bismillahir rahmaanir rahiim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak.

Saturday, October 16, 2010

Sebatan

Maklumat Ringkas:
SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.


“YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM”Sama-samalah kita nilaikan sendiri ..

Friday, October 15, 2010

Pipe 3D

Pipe